Doktor
menyuruh kita mengamalkan makanan seimbang dan bersenam untuk kekalkan
kesihatan atau mengembalikan kesihatan kita yang sudah terjejas. Kita
perlu mengambil makanan seimbang agar kita mendapat zat-zat dan nutrien
yang diperlukan oleh tubuh kita untuk kekalkan kesihatan atau memulih
tahap kesihatan yang sudah menurun atau terjejas.
Dapatkan kita mengamalkan pemakanan atau diet seimbang seperti yang disarankan?
Saya cuba analisa pola pemakanan saya semasa hari berkerja untuk tengok sama ada saya dapat memenuhi keperluan tersebut:
Sarapan: Nasi/bihun goreng + telor goreng/ayam goreng atau nasi lemak
dengan telor goreng/kerang/paru-paru goreng/sotong/sambal ikan bilis.
Makan tengahari: Nasi dengan satu jenis sayur + 1 ekor ikan/1 ketul
ayam/1 senduk daging. Buah? Selalunya tidak dijual dikantin, kalau nasib
dapatlah tembikai, betik, nenas atau tembikai susu. Kalau ada, ambillah
sepotong.
Makan malam di rumah, tiada banyak bezanya. Nasi bersama satu/dua jenis lauk dan satu jenis sayur. Kadang-kadang tak da sayur.
Nampaknya pola pemakanan harian saya tidak memenuhi keperluan pemakanan seimbang. Saudara/ri camner?
Menurut garis panduan pemakanan Kementerian Kesihatan (rujuk grafik
piramid makanan di atas), kita perlu makan 4-8 hidangan bijirin seperti
nasi, gandum, jagung. Boleh juga ambil ubi. Sekurang-kurangnya setengah
dari bijirin yang diambil mestilah bijirin penuh; kalau nasi – beras
coklat, kalau roti – dari gandum penuh. Nasihat KKM, bila masak nasi,
campurkan beras putih dengan beras coklat 50-50. Kalau tak nak, 50% dari
karbohidrat kita mestilah dari roti/makanan yang diperbuat dari gandum
penuh.
Kita juga kena ambil sekurang-kurangnya 3 hidangan sayur-sayuran atau
2 hidangan buah-buahan. Makanan ini dikaitkan dengan pengurangan risiko
mendapat diabetes jenis 2, tekanan darah tinggi, sakit jantung dan
kanser. Garis panduan tersebut juga menasihatkan kita supaya mengambil
daging, makanan laut dan ikan secara sederhana. kita dinasihatkan supaya
lebih memakan ikan. Hasil tenusu – 1 hingga 3 hidangan sehari.
Garam, gula, minyak dan lemak? Semua orang tahu, kena kurangkan. Tapi
kalau dah makan kat luar (kat warung atau restoranlah), banyak mana
mereka taruh manalah kita tau. Yang pasti, bukan sedikitlah.
Dapatkah kita penuhi keperluan pemakanan seimbang? Kalau hari-hari
makan di kantin tempat kerja, atau makan kat luar, nampaknya tak
dapatlah. Kenalah bawa bekal dari rumah. Kalau tak boleh juga penuhi
keperluan makanan seimbang, dan masih ingin kekalkan kesihatan yang
unggul, kenalah ambil pemakanan tambahan.
Sumber :
www.nutrition.moh.gov.my
No comments:
Post a Comment