Wednesday, August 1, 2012

PANORAMA PETANG DI KAMPUNG

SEPETANG BERSAMA SAYA DENGAN KAMERA MURAH

Pemandangan di waktu senja

Sekian lama tidak mengemaskini ruangan BLOG... Banyak perubahan yang telah berlaku sepanjang 2 tahun ini. Alhamdulillah Semua dan segala kebaikan itu datangnya dari Allah SWT. Semoga kita diberikan keberkatan hidup di dunia dan akhirat. AMIN...

Panorama diwaktu senja bersama kamera murah itulah tajuk atau penulisan yang saya pada kali ini. Memilih tajuk tersebut agak lucu bukan? Tapi ilham itu datang dengan sendirinya.. Agak jarang sekali mengambil gambar pada waktu petang. Dipendekkan cerita, saya dengan kawan sepupu yang lain berkesempatan pada petang itu mengambil gambar ini. 

Kata orang, Jauh berjalan luas pengalaman. Begitu juga yang berlaku pada diri saya. Banyak pengalaman saya berhadapan dengan laut yang terbentang luas ini. Berisiko kerja sebagai Nelayan, akan tetapi untuk meneruskan hidup terpaksa jua merelakan diri untuk turun kelaut untuk mencari sesuap nasi, tetapi bukan sesuap nasi sahaja besuap-suap nasi sebenarnya :) Itulah Nelayan. Nampak tenang sahaja dalam gambar ini. Hakikatnya tidak kalau hendak turun kelaut.


Pemandangan diwaktu Senja


Hendak diceritakan.... Pertama kali saya ikut Ayah saya kelaut pada umur 12 tahun (Darjah 6) waktu itu. Apakan daya, Laut lah sumber rezeki kami."Tidak kelaut tiada lah duit" sama juga dengan apa pun kerja, Tidak kerja Tiada lah gaji. Banyak pengalaman yang berguna untuk saya timba yang mungkin saya boleh kongsikan dengan pembaca.

Berbeza sekarang, Zaman yang mahu senang dapat tangkap ikan... Kalau gunakan teknologi GPS dan sebagainya tidak apa. Tetapi menggunakan teknik yang salah untuk menangkap ikan iaitu menggunakan racun (dalam bahasa ubian SUJUM) yang mungkin menutup mata pencarian orang lain. SUJUM ini bukan sahaja mematikan ikan-ikan kecil, terumbu karang, hidupan seperti Plakton tetapi ia bolah mencemarkan laut yang mungkin membahayakan kesihatan orang ramai. Jika anda tidak faham tentang SUJUM ini atau nama saintifiknya ialah Sodium Sianida. Saya akan terangkan secara ringkas melaui pembacaan yang saya tahu. Penggunaan bahan kimia ini adalah terlebih dahulu dicairkan dan dimasukkan ke dalam botol atau tangki tertentu dan kemudian akan disembur ke celah celah batu atau terumbu karang dengan bantuan alat kompresor. Ikan-ikan yang terkena bahan ini akan berasa pening dan timbul perlahan-lahan di permukaan air sebelum ditangkap dengan menggunakan jaring atau jala. (Sumber Utusan Online Arkib 31/5/2001)


Wassalam... Bersambung.....





No comments:

Post a Comment

Jumlah Pelawat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...