Thursday, May 26, 2022

PAKEJ KE PULAU MANUKAN BERSAMA LONG BEACH WATERSPORTS KOTA KINABALU SABAH

PULAU MANUKAN | LONG BEACH WATERSPORTS | KOTA KINABALU SABAH | ISLAND HOPPING Berminat boleh lihat pakej2 yg kami sediakan dibawah

🤩 📣📣📣Package A RM95 (include 👇) Pulau Manukan & Pulau memutik 
 1. Jetty Fee (bot pergi balik) 
2.Life jaket (utk keselamatan d laut) 
 3.Snorkeling (melihat ikan2) 
 4.Parasailing 🪂 
5.Banana bot 🍌 (7pax d banana) 

  📣📣📣Package B RM125 (include 👇) Pulau Manukan 
 1. Jetty Fee (bot pergi balik) 
2.Life jaket (utk keselamatan d laut) 3
.Snorkeling (melihat ikan2) 
 4.Sea walking 👩‍🚀(berjalan dlm air free photo&video dlm air) 

  📣📣📣Package C RM175 (include 👇) Pulau Manukan & Pulau memutik 
 1. Jetty Fee (bot pergi balik) 
2.Life jaket (utk keselamatan d laut) 
 3.Snorkeling (melihat ikan2) 
 4.Parasailing 🪂 
5.Banana bot 🍌 (7pax d banana) 
 6.Sea walking 👩‍🚀 (free photo&video dlm air berjalan dalam air) 

 Yang datang pertama kali ke pulau jgn risau crew2 Long Beach akan guide kamu dari awal hingga balik ke kk 😍. Untuk pertanyaan lain atau booking bole terus pm saya: Drop your inquiries here 👇
👇

www.wasap.my/60198624549 | ARMAN 
www.wasap.my/60198817860 | MUNIRAH 

 FB : Long Beach Watersports 
 IG : long_beach_watersports




#kotakinabalu #sabah #bananaboat #parasailing #seawalking #snorkelling #pulaumanukan #Longbeachwatersports #sabahtourism #pakejmurah #pakejpercutiansabah #islandhopping #pakejpercutianmurah #beautifuldestinations #islandvibes #exploresabah #borneoview #visitsabah #malaysia #sabahisland #sabahwatersports #borneobeautiful #sabahtravel #sabahanvibes #holiday #borneo #sabahantourism #amazingborneo #cuticutimalaysia #cuticutisabah

Tuesday, April 15, 2014

Fakta Mengenai Fungsi Air Dalam Tubuh


AIR adalah sangat penting untuk fungsi-fungsi tubuh anda, termasuk penghadaman, penyerapan dan pengangkutan zat, perkumuhan, pengawalan suhu badan dan bertindak sebagai pelincir bahagian tubuh yang bergerak.
Tubuh anda akan kehilangan lebih kurang 11/2 hingga 21/2 liter air dalam satu hari melalui air kencing, tinja, peluh dan wap daripada paru-paru.
Jangan tunggu sehingga sudah berasa dahaga, untuk menggantikan cecair yang telah hilang dari badan.
Minum sekurang-kurangnya 6 hingga 8 gelas air setiap hari. Cecair juga boleh didapati daripada minuman lain, buahbuahan, sayur-sayuran dan makanan lain.
(Sumber :http://www.drhpm.com/)



Salah satu fakta kesihatan yang perlu diketahui:-
Sebelum ni kita kerap mendengar saranan untuk mengambil 7-8 gelas air sehari. Tapi hakikatnya, kaedah dalam menjaga kesihatan diri sendiri sebenarnya tidaklah begitu terikat dengan garis panduan yang ketat.
Menurut ahli psikologi Harvard Medical School~ Alice Domar, penulis Live a Little! Breaking the Rules Won’t Break Your Health: “Kajian telah membuktikan sesiapa sahaja yang menulis tentang garis panduan lama itu tidak mendapat gambaran sebenar, & sebenarnya banyak lagi cara untuk kita mengekalkan kesihatan yg optimum yg tak pernah difikirkan oleh kita sebelum ini. Apa yg lebih menggembirakan, garis panduan/peraturan baru yg diberikan bersifat lebih user friendly”.
Peraturan Lama: Minum 8 gelas air sehari
Peraturan Baru: ‘MAKAN’ air kamu
Cadangan supaya kita mengambil 8 gelas air sehari mungkin berdasarkan 1 garis panduan yg pernah diwar2 kan pada 1945. Bagaimanapun menurut Howard Murad, MD, penulis The Water Secret, kebanyakan air yang diperlukan oleh badan anda dalam sehari sudah terdapat di dalam buah-buahan, sayur-sayuran, kekacang, dsb. Murad juga menegaskan, makanan2 ini memberikan tambahan nutrien sebagai ‘bonus’. “Tembikai & timun misalnya bukan sahaja mengandungi lebih 90% kandungan air , tetapi ia juga mengandungi antiosida. Dengan segelas air, apa yg anda dapat hanyalah air. Anda juga dapat mengetahui yang kandungan air dalam badan anda mencukupi apabila urin anda kurang berwarna & anda jarang2 merasa dahaga.”
Apepun, jangan terlalu risau memikirkan tentang perkara ini. Garis panduan lama (minum 8 gelas air sehari) masih boleh dijadikan syarat asas untuk mengingatkan anda supaya tidak lupa untuk meminum air, tapi perlu dijelaskan disini bahawa tiada bukti secara saintifik di sebalik saranan itu 
(Sumber: http://www.evesecret.net/)

Friday, August 31, 2012

STRES DAN AKIBATNYA



Stres dan Akibatnya

Keadaan atau masa yang menimbulkan stres selalu berlaku. Perkara ini tidak dapat dielakkan memandangkan gaya hidup di dunia moden yang serba pantas ini.

Adakah anda tahu mengenai pelbagai kesan stres ke atas sistem tubuh kita? Ia boleh merosakkan beberapa sistem. Ia malah mampu melemahkan tubuh kita hingga ke satu tahap di mana sistem imun berputus asa.

Daripada hanya membaca maklumat ini begitu sahaja, adalah penting untuk kita mengambil pendirian. Buatlah keputusan untuk membuat apa saja yang terdaya untuk mengurangkan kesan buruk stres. Stres boleh membunuh, justeru jangan biarkan ia membunuh anda atau orang yang anda sayangi. Individu yang mengalami stres sentiasa kehilangan tenaga yang diperlukan untuk menjalani kehidupan seharian. Jika ini berlaku, ianya boleh menyemai sikap negatif dalam kehidupan mereka. Kemurungan akan berlaku dan mencetuskan kesan negatif kepada kehidupan individu berkenaan.


Kegagalan menangani stres juga boleh membawa kesan buruk ke atas kesihatan seseorang. Lazimnya sistem imun dapat mempertahankan tubuh dari penyakit. Namun begitu, stres boleh melemahkan sistem imun. Jika ini berlaku, individu berkenaan akan lebih mudah mendapat penyakit berbahaya seperti kanser dan masalah jantung. Pada masa yang sama, jika dia sedang berhadapan dengan masalah kesihatan, ianya boleh memburukkan lagi keadaan.

Umum mengetahui penyakit jantung merupakan penyebab kematian nombor satu di dunia. Sebahagian dari simptom atau pertanda penyakit jantung mempunyai kaitan dengan stres. Peningkatan tekanan darah yang mendadak dan debaran jantung berterusan adalah antara tanda-tandanya. Berasaskan fakta-fakta tersebut, adalah penting untuk seseorang untuk berbuat sesuatu sekiranya mereka mendapati diri mereka tidak berupaya menangani stres. Mereka perlu mengatasi masalah tersebut secepat mungkin untuk mengelakkan diri dari menjadi mangsa stres yang boleh membunuh.

Cara Mudah untuk Mengatasi Stres

Ada beberapa langkah yang perlu diambil untuk mengelakkan kesan buruk stres. Dengan mengamal langkah-langkah berikut, risiko untuk mendapat kesan buruk stres dapat dikurangkan.

1. Pemakanan yang Betul

Makan makanan yang betul membantu kita menghadapi cabaran kehidupan seharian. Pastikan anda tidak terlupa untuk makan pada waktu makan agar anda mempunyai tenaga yang cukup untuk melaksana tugas seharian. Pada masa yang sama, mengambil diet yang seimbang akan menjamin tubuh mendapat zat makanan yang diperlukan. Justeru pastikan anda mengambil makanan yang menyumbang kepada kesejahteraan anda. Ambil protein, vitamin B (B6 dan B12), asid folik dan mineral.

2. Jangan Membebankan Diri

Kadangkala seseorang itu terlalu bercita-cita tinggi dan terlupa akan kemampuan diri. Justeru penting untuk kita mengelak diri dari mengambil tugas lebih dari yang mampu dilaksanakan. Laksanakan tugas sedikit demi sedikit. Pecahkan tugas yang besar kepada beberapa tugas kecil yang boleh diselesaikan dalam tempoh yang lebih pendek. Dengan cara ini, ia akan meringankan beban tubuh dan minda kita.

3. Berehat

Jika anda selalu sibuk dan tidak cukup tidur, fikir semula baik-baik. Badan kita perlu rehat selepas bekerja untuk beberapa ketika. Justeru jangan biarkan seminggu berlalu tanpa rehat dan tidur yang nyenyak. Cubalah ambil cuti selepas melaksana beberapa siri tugas berat. Mendengar musik klasik yang baik atau mengambil masa untuk bersendirian dan merehatkan minda akan membantu kita dalam jangka masa yang panjang.

4. Berinteraksi dengan Famili dan Rakan

Adalah bagus menjadi seorang yang kuat kerja. Namun begitu jangan lupa, sebagai seorang manusia kita memerlukan sokongan orang di sekeliling kita. Pastikan anda meluangkan masa untuk melakukan aktiviti masa lapang bersama famili dan juga rakan-rakan. Ini akan menghilangkan sebarang kerungsingan yang bermain di minda. Dalam masa yang sama ianya akan menolong anda membina pandangan positif apabila anda kembali bertugas.

Stres sebenarnya boleh membunuh tetapi ianya tidak perlu begitu. Penting untuk seseorang itu mempunyai kawalan ke atas kehidupannya. Lindungi diri dan kesihatan dengan mengamalkan langkah-langkah yang akan membantu mengurus stres dengan baik.

Untuk menghadapi kehidupan seharian dari perspektif baru, sila layari:
http://www.mymotivasi.com
Sumber: http://www.kesihatan.biz

Tuesday, August 28, 2012

SEJARAH SABAH

Asal usul nama Sabah

Asal-usul nama ‘Sabah’ dipercayai berasal daripada sejenis tanaman iaitu pisang yang dikenali sebagai pisang saba iaitu sejenis buah pisang yang dipanggil "SABBAH " atau "SAPPAH" oleh masyarakat Bajau yang sangat popular dibuat pisang goreng. Pisang ini banyak ditanam di sepanjang pantai barat Sabah sebagai sumber makanan. 'Pisang saba' juga dikenali sebagai 'jaba' oleh masyarakat Bajau di negeri tersebut. Kini 'pisang saba' lebih dikenali sebagai pisang menurun.
Nama 'Sabah' pertama kali digunakan pada abad ke-15 oleh para pedagang yang mengembara di antara Kepulauan Borneo Utara hingga ke kepulauan Sulu di Selatan Filipina. Kesimpulannya nama 'Sabah' telah pun digunakan sejak sebelum kedatangan Syarikat Berpiagam Borneo Utara dan British lagi. Dalam peta Portugis Melaka 1604, Kota Kinabalu disebut sebagai Api-Api.
Setelah negeri Sabah diambil alih oleh Syarikat Berpiagam Borneo Utara, nama 'Sabah' telah ditukar kepada 'Borneo Utara' secara rasmi pada tahun 1881. Walau bagaimanapun, nama 'Sabah' kembali digunakan pada tahun 1963 ketika pembentukan Malaysia.
Catatan puisi Jawa Nagarakertagama yang dikarang oleh Prapancha pada tahun 1365 menyebut Sabah sebagai 'Seludang'. Dalam catatan Marco Polo sewaktu beliau singgah di Borneo, Sabah ketika itu dikenali sebagai "BURNI" yang mungkin merujuk kepada Brunei.

Sejarah awal

Sebelum abad ke-16, Sabah tidak mempunyai pemerintahan beraja menyebabkan system pemerintahan di Sabah terbahagi kepada tiga iaitu sistem politik kesukuan, sistem politik kesultanan dan sistem politik ketua babas.

Kurun ke-5 hingga ke-16

Kesultanan Brunei

Pada waktu sebelum abad ke-6, kawasan yang kini dikenali sebagai Sabah, Brunei dan Sarawak adalah berpusat pada kerajaan Brunei dan kerajaan Brunei juga merupakan pusat perdagangan dengan China. Wilayah ini sebaliknya dipengaruhi oleh dua kuasa besar pada waktu itu, iaitu Srivijaya di Sumatra dan kemudian Majapahit di Jawa.
Bagaimanapun, pada awal abad ke-15, Empayar Melaka di bawah pemerintahan Parameswara telah menyebarkan pengaruhnya dan seterusnya mengambil alih perdagangan Brunei. Perubahan ini menyebabkan agama Islam tersebar di wilayah Brunei oleh pedagangnya pada akhir abad ke-15. Kejatuhan Melaka ke tangan Portugis pada tahun 1511 telah menyebabkan Sultan Brunei mengambil alih kepimpinan Islam dari Melaka. Semasa pemerintahan Sultan Bolkiah, kerajaan Brunei telah memperluaskan pengaruhnya ke utara sehingga ke Luzon dan Sulu serta di sebelah selatan dan barat Borneo. Kecuali dari Eropah, pendatang asing yang berurusan dengan Sabah (Borneo Utara) tidak meninggalkan sebarang rekod bertulis tentang kegiatan mereka di kawasan ini. Penduduk tempatan juga tidak memiliki sebarang rekod bertulis kecuali sejarah dan tradisi lisan mereka.
Pada 600 tahun masihi, orang-orang Cina telah datang untuk membuat perdagangan dan hubungan diplomatik dengan Borneo Utara. Rekod Sejarah Brunei (Brunei Annals) telah merakamkan tentang penempatan mereka di kawasan Kinabatangan. Bukti-bukti Arkeologi iaitu seramik yang ditemui di Borneo Utara menunjukkan bahawa orang-orang Cina ada menjalankan perdagangan secara bertukar barang, antara seramik orang-orang Cina dengan rempah ratus dari penduduk tempatan.

1521-1890

Kedatangan pendatang Eropah

  • 1521: Antonio Pigafetta, seorang penulis sejarah Ferdinand Magellan tiba di Brunei dan telah disambut secara besar-besaran
  • 1526: Orang Portugis yang diketuai oleh Menezes melawat Brunei
  • 1577: Kuasa Sepanyol telah menakluk Filipina dan juga menyerang Brunei. Kesultanan Sulu juga ditakluk oleh Sepanyol.
  • 1609: Belanda telah mendirikan pangkalan dagangan di Batavia (Jakarta), Jawa.
  • 1658: Sultan Brunei telah menghadiahkan kawasan timur laut Borneo kepada Sultan Sulu sebagai penghargaan baginda terhadap Sultan Sulu dalam menyelesaikan perang saudara di antara Sultan Abdul Mubin dengan Pengeran Mohidin. Persengketaan dalaman kerajaan Brunei merupakan satu faktor yang menyebabkan kejatuhan empayar tersebut.
  • 1665: Kapten Cowley telah melawat Borneo dan beliau merupakan orang Inggeris pertama yang melakukan lawatan ke Borneo.

Balembangan

Dalam tahun 1761, Alexander Dalrymple seorang pegawai dari Syarikat Hindia-Timur British di Madras, India telah membuat satu perjanjian dengan Sultan Sulu yang membenarkan beliau membuka satu pangkalan perdagangan di kawasan Borneo Utara. Beliau telah memilih Pulau Balembangan kira-kira 20 batu dari utara bandar Kudat. Pada tahun 1763, Dalrymple telah mengibarkan bendera British di Balembangan dan menamakan pulau itu ' Felecia'. Kemudian seorang pegawai iaitu John Herbert dihantar untuk mendirikan penempatan di Felecia (Balembangan).Namun begitu penempatan ini menghadapi masalah sejak ia dimulakan. Kepincangan urusan pentadbiran, rompakan di laut dan kemusnahan kebakaran telah membawa kehancuran kepada pangkalan dagangan ini pada akhir 1775. Satu usaha untuk menyusun semula pangkalan ini telah dilakukan pada 1803 oleh General Gabenor India, Lord Arthur Wellesley melalui pegawainya Robert J. Farquhar, Residen di Amboina. Dalam usaha ini Felicia telah dijadikan stesen ketenteraan tetapi usaha tersebut gagal dan stesen ini ditinggalkan pada November 1805. Perhatian British kemudian beralih kepada kawasan lain di gugusan pulau Melayu.

Labuan

Minat British terhadap Borneo Utara dihidupkan semula selepas tempoh 40 tahun khususnya Labuan, sebuah pulau yang terletak di sebelah barat laut Borneo. Pada 1844, James Brooke berunding dengan Sultan Brunei tentang penyerahan pulau Labuan untuk digunakan oleh British sebagai tempat melombong batu arang di samping menjadikan satu pangkalan untuk membenteras kegiatan lanun serta meningkatkan perdagangan.
Pada 18 Disember 1846, satu perjanjian telah ditandatangani yang menyebabkan pulau Labuan dan pulau-pulau kecil yang berhampiran diserahkan buat selamanya oleh Sultan Brunei kepada pihak British. Brooke telah menjadi Gabenor Labuan yang pertama dan Konsul Besar di Borneo. William Napier dilantik menjadi Timbalan Gabenor, Hugh Low sebagai Setiausaha Kolonial dan Spencer St. John sebagai setiausaha sulit kepada Brooke. Labuan tidak mampu berkembang seperti mini Singapura atau Pulau Pinang, seperti yang diharapkan oleh pengasasnya.
Iklim yang tidak memuaskan, serangan malaria dan kekurangan kemudahan asas telah menjadi faktor penghalang kepada pembangunan pulau tersebut. Rentetan sejarah Labuan boleh dilihat daripada pelbagai perubahan pentadbirannya. Pada tahun 1890, Labuan telah diletakkan di bawah pentadbiran Syarikat Berpiagam Borneo Utara British. Pada 1907, ia diletakkan di bawah kerajaan Negeri-negeri Selat. Selepas Perang Dunia Kedua, Labuan menjadi sebahagian daripada jajahan Borneo Utara. Kemudian pada 16 April 1984, Labuan telah menjadi sebahagian daripada Wilayah Persekutuan Malaysia.

1881-1963

Syarikat Perdagangan Amerika

Selepas kekecewaan British terhadap Labuan, minat British terhadap Borneo Utara pudar sehinggalah ke tahun 1881 apabila sebuah syarikat perdagangan, Syarikat Berpiagam Borneo Utara British mula mentadbir Borneo Utara. Walau bagaimanapun kehadiran mereka telahpun didahului oleh pengaruh dan minat Amerika buat seketika.
Pada 1865, seorang konsul Amerika di Brunei, Claude Lee Moses telah berjaya menyewa Borneo Utara dari Sultan Brunei untuk tempoh 10 tahun. Kemudian beliau menjualnya kepada Syarikat Perdagangan Amerika (American Trading Company) yang dimiliki oleh J.W.Torrey, T.B. Harris dan beberapa orang pedagang Cina. Torrey memilih Kimanis, satu kawasan di barat daya Borneo Utara sebagai pangkalannya dan memulakan pembinaan penempatan lalu dinamakan 'Ellena'. Usaha mencari bantuan kewangan bagi membiayai pembangunan penempatan tersebut gagal lalu ditinggalkan. Dengan hampir menjelangnya tamat tempoh sewaan wilayah tersebut, Torrey berhasil menjual haknya kepada konsul Austria di Hong Kong iaitu Baron Von Overbeck. Overbeck berjaya memperbaharui tempoh sewaan tersebut untuk 10 tahun dari Tumonggong Brunei. Selain itu, Overbeck berhasil mendapatkan bantuan kewangan dari Dent bersaudara (Dent brothers - Alfred and Edward) bagi menampung perbelanjaan rancangan yang dirancang untuk Borneo Utara.

Alfred Dent dan sewaan

Akhirnya, Overback bersama Count Montgelas, dari Kedutaan Austro-Hungarian di London dan A.B. Mitford, seorang ahli politik kemudiannya telah bersetuju memberi hak-hak mereka kepada Alfred Dent. Maka dari situ, pada tahun 1878, tertubuhlah Syarikat Borneo Utara British (SBUB). SBUB menggelarkan Sabah sebagai "negeri di bawah bayu".
Selain itu, SBUB juga berminat untuk menduduki bahagian timur laut Borneo Utara, yang mana ketika itu diperintah oleh Kesultanan Sulu. Oleh itu perjanjian bersama Sultan Sulu telah diadakan bagi mengambil wilayah tersebut. Sebagai balasan daripada pihak SBUB kepada Sultan Sulu, SBUB akan menyediakan bantuan pertahanan kepada Sultan bagi melawan golongan "spaniards" dan memberikan (RM 5,000, nilai dalam dollar Mexico yang mana pada ketika itu bersamaan dengan nilai emas). Penyewaan ini berterusan sehinggalah Sabah mengecapi kemerdekaan bersama Malaysia pada tahun 1963, bersama-sama dengan Singapura, Sarawak dan Semenanjung Malaysia. Sehingga kini, kerajaan Malaysia masih membayar sewaan bernilai RM 5,300 (tambahan RM300) kepada Sultan Sulu untuk wilayah tersebut.

Protokol Madrid 1885

Pada 1885, perjanjian Protokol Madrid antara Britain, Jerman dan Sepanyol dimeterai untuk mengiktiraf kedaulatan Sepanyol ke atas Arkipelago Sulu dan pengaruh Sepanyol hanya terhad di bahagian itu. Artikel 3 khususnya mengesahkan Sepanyol melepaskan semua tuntutan ke atas Borneo; kepunyaan atau bekas kepunyaan Sultan Sulu(Jolo) juga dilepaskan termasuk semua kepulauan di bawah pentadbiran SBUB. Ketiga-tiga negara juga berjanji untuk berdagang sesama sendiri tanpa sekatan di Arkipelago dan Borneo Utara.

Syarikat Berpiagam Borneo Utara British

Pada 1888, Borneo Utara telah menjadi negeri naungan British di mana kerajaan British akan melindungi Borneo Utara di bawah pengaruh British. Pemerintahan Syarikat ini terhadap Borneo Utara telah memberi banyak pembangunan di kawasan ini. Borneo Utara diperintah melalui satu sistem secara hairaki (tidak langsung). Pada amnya pentadbiran berjalan dengan aman, namun begitu terdapat juga beberapa penentangan kecil. Penentangan yang serius termasuklah Perang Mat Salleh dari tahun 1894-1900 diikuti oleh penentangan Rundum yang dilakukan oleh suku Murut dalam tahun 1915.
Pihak BNBCC berupaya memerintah Borneo Utara sehingga 1942, selama 60 tahun apabila Perang Dunia Kedua tercetus. Tentera Jepun mendarat di Labuan pada 1 Januari dan menduduki Borneo Utara sehingga ia dibebaskan oleh askar dari ‘9th Division Australian Imperial Forces (A.I.F)’ pada tahun 1945. Selepas Perang Dunia Kedua, Borneo Utara telah ditadbir oleh Pentadbiran Ketenteraan British (British Military Administration) sehingga 15 Julai 1946 apabila kerajaan sivil disambung semula.

Tanah Jajahan British

Pada 15 Julai 1946, Borneo Utara diletakkan di bawah jajahan British kerana BNBCC tidak mampu membina semula kemusnahan Borneo Utara selepas Perang Dunia Kedua. Kemusnahan teruk yang dialami oleh bandar Sandakan telah menyebabkan Jesselton dipilih sebagai ibu negeri selepas era Perang Dunia Kedua dan status ini kekal ke hari ini. Sistem pentadbiran penjajahan selepas perang adalah sama dengan sistem pentadbiran pada era BNBCC. Pembinaan semula dan pembangunan negeri Borneo Utara menjadi fokus utama para pentadbir.

Kemerdekaan

Pada amnya keadaan negeri Borneo Utara adalah aman dan tenang sehingga tahun 1960-an apabila wujudnya kesedaran politik. Keinginan kemerdekaan seperti yang dicapai oleh negara lain telah sampai ke Borneo Utara. Penyebaran semangat ini bermula dengan pengumuman yang dilakukan oleh Perdana Menteri Malaya, Tunku Abdul Rahman pada tahun 1961 berkaitan dengan pembentukan Persekutuan Malaysia yang terdiri daripada Malaya, Borneo Utara, Sarawak, Brunei dan Singapura. Malaysia telah wujud dengan rasminya, tanpa Brunei, pada 16 September 1963 dan nama Borneo Utara telah ditukar kepada Sabah. Terlebih dahulu dari itu, Borneo Utara telah mencapai kemerdekaan dari British pada 31 0gos 1963. Bagaimanapun pada tahun 1965, Singapura keluar daripada Persekutuan Malaysia.
Penglibatan negeri Sabah dalam Persekutuan ini banyak membawa perubahan dari aspek pentadbiran, politik, sosial dan sebagainya. Sabah terus mengalami pembangunan yang pesat dan seterusnya memasuki era baru yang lagi mencabar sebagai sebuah negeri dalam Persekutuan Malaysia.

Tuntutan Filipina keatas Sabah

President Diosdado Macapagal ketika berada di atas kapal USS Oklahoma City pada tahun 1962
 
Pada 12 September, 1962, semasa pentadbiran Presiden Diosdado Macapagal, Wilayah Borneo Utara, telah diserahkan oleh Sultan Sulu yang memerintah ketika itu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad Esmail E. Kiram I, kepada Republik Filipina. Penyerahan ini telah memberikan kerajaan Filipina kuasa penuh untuk menuntut hak ke atas Sabah di Mahkamah Antarabangsa. Filipina telah memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia selepas Sabah disatukan dengan Persekutuan Malaysia pada tahun 1963. Perkara ini telah dibubarkan pada tahun 1989 kerana kerajaan Filipina yang baru telah menggugurkan tuntutan mereka demi untuk memperbaiki semula hubungan diplomatik dengan Kuala Lumpur yang terjejas. Sehingga sekarang, Malaysia terus menolak ajakan Filipina untuk menyelesaikan masalah tuntutan Filipina keatas Sabah ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa. Lanjutan dari itu, Sabah melihat isu tuntutan ke atas Sabah untuk dibawa ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa yang dibuat oleh Pemimpin Moro Filipina iaitu Nur Maisuri sebagai bukan isu, maka tuntutan tersebut tidak diendahkan. 



 Rujukan & sumber : ms.wikipedia.org/wiki/Sejarah_Sabah

Thursday, August 9, 2012

RUMPAI LAUT (Euchema cottonii)

Penanaman Rumpai Laut.



Daerah Semporna berada pada kedudukan strategik 'ladang' penanaman terbaik rumpai laut di dunia. Ia berkongsi plat lautan dengan Selatan Filipina dan Utara Sulawesi. Kawasan ini sejak dahulu lagi merupakan tempat pembiakan pelbagai spesis karang-laut, rumpai laut, plakton dan pelbagai jenis ikan yang berwarna-warni. Secara semulajadi, ikan-ikan dan makanan laut disini bersaiz besar, segar dan tidak pernah berkurangan. Kunci kepada semua ini adalah kejernihan air laut yang mempunyai nutrien yang tinggi. Atas sebab-sebab ini, maka tidak hairanlah Semporna merupakan pusat penanaman rumpai laut terbesar di Malaysia.

Penanaman rumpai laut di Semporna dimulakan sejak 1970-an lagi. Ladang demonstrasi telah diwujudkan di Pulau Sebangkat pada tahun 1980. Penanaman rumpai laut merupakan alternatif kepada indusrtri perikanan di Semporna. Ramai nelayan dan pengusaha telah mula beralih kepada projek ini. Kini terdapat lebih 10 ladang besar di perairan Semporna.
Rumpai laut yang diusahakan adalah dari jenis 'Euchema cottonii' dan ia memberikan pulangan yang lumayan. Selain disokong oleh pihak berkuasa perikanan Sabah, kerajaan Malaysia juga telah mengisytiharkan yang industri rumpai laut sebagai 'berimpak tinggi' dalam Rancangan Malaysia Ke-Sembilan. Jesteru Daerah Semporna dikehendaki untuk menghasilkan 250,000 tan metrik rumpai laut pada tahun 2010.
Rumpai laut merupakan bahan asas untuk pembuatan sabun, kosmetik, syampoo, makanan dan gelatin. Ia juga boleh dijadikan snek, pembalut sushi, bahan asas ubat gigi dan lain-lain. Bahan utama yang diekstrak keluar dari rumpai laut adalah 'carrageenan'. Inilah bahan yang menjadi penstabil makanan dan kosmetik. Snek rumpai-laut merupakan makanan yang lazat, berprotein tinggi dan penuh dengan khasiat iodin, fosforus, kalsium, zat besi dan vitamin. Selain itu terdapat juga makanan tempatan yang berasaskan rumpai laut seperti 'acar rumpai laut' dan ' isi udang rumpai laut' yang mudah dinikmati di restoran-restoran tempatan.

Anda boleh melihat sendiri kawasan penanaman rumpai laut di perairan Semporna. Kebanyakkan pengendali pelancongan ada menyediakan pakej lawatan di ladang-ladang ini. Sebagai alternatif, jika anda berjalan melawat sekitar pasar ikan Semporna, anda mungkin terjumpa rumpai laut yang dijual oleh orang-orang tempatan.
Projek penanaman rumpai laut merupakan usaha yang berimpak tinggi, lumayan dan meningkatkan ekonomi penduduk Semporna. Banyak pihak dari dalam dan luar negeri melabur dalam industri ini. Apa yang kurang hanyalah kilang memproses rumpai laut yang setakat ini hanya ada 2 buah sahaja di Semporna. Kedua-dua kilang ini hanya memproses secara asas terhadap bahan mentah tadi. Tiada satupun kilang yang benar-benar wujud untuk memproses rumpai laut menjadi produk akhir, produk katalis atau produk makanan komersil di Semporna. Memandangkan potensi dan permintaan tinggi dari negara Jepun, Korea, Amerika Syarikat dan China, maka pihak berkuasa tempatan Semporna sangat mengalu-alukan bakal pelabur untuk menjayakan industri ini supaya target pengeluaran yang diwartakan oleh kerajaan Malaysia pada tahun 2010 berjaya. 

Sumber: sabah.gov.my

PEMANASAN GLOBAL

10 Kesan Besar Pemanasan Global




The Great Barrier Reef akan terima kesan teruk dari pemanasan global dan akan musnah dalam masa 20 tahun. Charlie Veron, bekas Ketua Jabatan dari Australian Institute of Marine Science, kepada The Times:

“Tidak ada jalan keluar, tidak dapat dielak. Great Barrier Reef akan hilang dalam masa 20 tahun atau lebih. “Jika karbon dioksida semakin meningkat maka dianggarkan pada 2030 dan 2060, semua terumbu karang akan musnah” katanya.

2. Hutan Hujan Amazon akan berubah menjadi padang pasir 

Amazon adalah dunia hutan hujan tropika terbesar. Namun, pemanasan global dan penggondolan hutan yang menukar peranan hutan sebagai karbon, mengubah 30-60% dari hutan menjadi padang rumput kering. Keadaan ini menunjukkan hutan boleh hilang sepenuhnya pada tahun 2050.



3. Gurun Sahara akan menjadi padang rumput


Pengkaji melihat tanda-tanda bahawa gurun Sahara dan kawasan sekitarnya menjadi semakin hijau kerana meningkatnya curahan hujan. Jika berlanjutan, hujan ini boleh merevitalisasi kawasan yang dilanda kekeringan, berubah menjadi kawasan untuk pertanian masyarakat.



4. Taufan akan menjadi lebih besar dibandingkan Taufan Katrina

Belum dapat dipastikan apakah Taufan Katrina mempunyai hubungan dengan pemanasan pemanasan global, tetapi ada indikasi bahawa pemanasan global akan menghasilkan taufan dengan kategori 5 dan Katrina hanya Kategori 4 ketika menghentam Louisiana.

Pemanasan global juga menjadikan taufan lebih ganas dengan menaikkan permukaan laut, yang mengakibatkan banjir pantai yang lebih serius.


5. London akan hilang tenggelam pada 2100

Bukan hanya batu karang dan dataran rendah pulau-pulau yang berada di bawah ancaman dari pemanasan global. Malah, ancaman utama adalah daerah bandar besar yang berisiko akhirnya tenggelam di bawah air.


Keadaan ini disebabkan oleh perubahan permukaan laut yang terjadi ketika terjadi pemanasan global, sehingga bandar-bandar pesisir akan ditengelami oleh banjir. Puluhan bandar di dunia, termasuk London dan New York, sudah mengalami banjir pada akhir abad ini.


Menurut kajian, pemanasan global akan meningkatkan permukaan air laut lebih cepat daripada yang dianggarkan sebelumnya. London adalah salah satu ibu kota dunia utama yang berisiko tinggi ditengelami banjir.


6. Haiwan akan mengecil

Pemanasan iklim dapat menyebabkan spesies kecil lebih besar. Pengkajian, analisis didasarkan pada massa badan ikan, plankton, dan bakteria dalam ekosistem Eropah, datang hanya beberapa minggu setelah pengkaji melaporkan bahawa haiwan domba di Pulau Scotland menyusut kerana keadaan panas.Kajian baru menunjukkan bahawa spesies individu kehilangan rata-rata 50 persen dari massa tubuh mereka selama 30 tahun.


Pengurangan ukuran tubuh adalah yang ketiga dai tindak balas ekologi universal pemanasan global. Kajian terhadap domba sebelumnya menunjukkan bahawa musim dingin yang lebih pendek dan lebih ringan bererti domba tidak perlu memerlukan tinggi berat badan seperti dulu untuk bertahan hidup .


Suatu faktor yang juga dapat mempengaruhi populasi ikan. Meskipun demikian para pengkaji mengatakan pergeseran boleh mengubah rantaian makanan, dengan keperluan pemangsa terutama dipengaruhi oleh kurangnya mangsa.


7. 2000 Pulau di Indonesia akan tenggelam

Sekurang-kurangnya 2.000 pulau-pulau kecil di seluruh kepulauan Indonesia akan menghilang pada tahun 2030 sebagai akibat dari pemanasan global yang berlebihan dan lain kegiatan yang merosakkan lingkungan. Indonesia telah kehilangan 24 dari lebih kurang 17.500 pulau.


8. Global Warming dapat meningkatkan jumlah terorisme


Pemanasan global akan mendorong migrasi massa dan menciptakan tempat berkembang biak bagi teroris. Orang-orang cenderung untuk melarikan diri dari ketidakstabilan negara, dan beberapa mungkin menyertai terorisme.


Menurut Ketua Dewan Intelektual Nasional di AS, ekonomi negara penerima pelarian bertambah merosot akibat kemasukan pelarian dan pelarian menjadi penyebab iklim yang panas.


Tekanan pada negara-negara yang menerima pelarian, banyak di antaranya tidak mempunyai
sumber dan tidak mahu menerima pelarian.


9. Puncak Alpen akan mencair akhirnya


Glasier yang mengurang semasa panas, kering musim sejuk dan musim panas yang disebabkan oleh pemanasan global. Walaupun hujan salji di musim 2008-2009 adalah kekal, keseluruhan tahun-tahun terakhir telah menyaksikan kurang salji di ketinggian rendah, dan glasier kurang dan frost mencair lebih tinggi akibat signifikan pada musim sejuk dan kegiatan pelancungan.


Dianggarkan bahawa glasier akan hilang antara tahun 2030 dan 2050. Itali dan Swiss telah memutuskan untuk mengubah semula sempadan negara selepas pemanasan global Alpine gletser yang menentukan sempadan antara kedua negara.


10. Maladewa mungkin tenggelam

Daratan terendah dan negara di dunia mengalami kesan penenggelaman pantai, dan boleh melihat sendiri tenggelam jika permukaan laut terus meningkat, dengan pulau besar menjadi pulau yang lebih kecil dan lebih kecil.


Kesan ekstrim ini akan menghancurkan prospek untuk penduduk dan berita buruk bagi pelancong yang hadir di pantai putih yang lembut dan air panas setiap tahun. Para pengkaji memberikan hanya kira-kira seratus tahun sebelum benar-benar menghilang ke laut sekitarnya.
Sumber:  lamankongsi.com

Wednesday, August 8, 2012

MAKANAN SEIMBANG

Doktor menyuruh kita mengamalkan makanan seimbang dan bersenam untuk kekalkan kesihatan atau mengembalikan kesihatan kita yang sudah terjejas. Kita perlu mengambil makanan seimbang agar kita mendapat zat-zat dan nutrien yang diperlukan oleh tubuh kita untuk kekalkan kesihatan atau memulih tahap kesihatan yang sudah menurun atau terjejas.
Dapatkan kita mengamalkan pemakanan atau diet seimbang seperti yang disarankan?
Saya cuba analisa pola pemakanan saya semasa hari berkerja untuk tengok sama ada saya dapat memenuhi keperluan tersebut:
Sarapan: Nasi/bihun goreng + telor goreng/ayam goreng atau nasi lemak dengan telor goreng/kerang/paru-paru goreng/sotong/sambal ikan bilis.
Makan tengahari: Nasi dengan satu jenis sayur + 1 ekor ikan/1 ketul ayam/1 senduk daging. Buah? Selalunya tidak dijual dikantin, kalau nasib dapatlah tembikai, betik, nenas atau tembikai susu. Kalau ada, ambillah sepotong.
Makan malam di rumah, tiada banyak bezanya. Nasi bersama satu/dua jenis lauk dan satu jenis sayur. Kadang-kadang tak da sayur.
Nampaknya pola pemakanan harian saya tidak memenuhi keperluan pemakanan seimbang. Saudara/ri camner?
Menurut garis panduan pemakanan Kementerian Kesihatan (rujuk grafik piramid makanan di atas), kita perlu makan 4-8 hidangan bijirin seperti nasi, gandum, jagung. Boleh juga ambil ubi. Sekurang-kurangnya setengah dari bijirin yang diambil mestilah bijirin penuh; kalau nasi – beras coklat, kalau roti – dari gandum penuh. Nasihat KKM, bila masak nasi, campurkan beras putih dengan beras coklat 50-50. Kalau tak nak, 50% dari karbohidrat kita mestilah dari roti/makanan yang diperbuat dari gandum penuh.
Kita juga kena ambil sekurang-kurangnya 3 hidangan sayur-sayuran atau 2 hidangan buah-buahan. Makanan ini dikaitkan dengan pengurangan risiko mendapat diabetes jenis 2, tekanan darah tinggi, sakit jantung dan kanser. Garis panduan tersebut juga menasihatkan kita supaya mengambil daging, makanan laut dan ikan secara sederhana. kita dinasihatkan supaya lebih memakan ikan. Hasil tenusu – 1 hingga 3 hidangan sehari.
Garam, gula, minyak dan lemak? Semua orang tahu, kena kurangkan. Tapi kalau dah makan kat luar (kat warung atau restoranlah), banyak mana mereka taruh manalah kita tau. Yang pasti, bukan sedikitlah.
Dapatkah kita penuhi keperluan pemakanan seimbang? Kalau hari-hari makan di kantin tempat kerja, atau makan kat luar, nampaknya tak dapatlah. Kenalah bawa bekal dari rumah. Kalau tak boleh juga penuhi keperluan makanan seimbang, dan masih ingin kekalkan kesihatan yang unggul, kenalah ambil pemakanan tambahan.

Sumber :  www.nutrition.moh.gov.my

Jumlah Pelawat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...