SEJAK 20 MEI 2013:
Gambar pemandangan dari Jeti Nelayan
Kampung Buah Pandai mula dibuka sekitar tahun 1930an - 1940an. Orang yang mula menduduki pada zaman tersebut cuma 3 buah keluarga sahaja iaitu Arwah datuk saya sendiri Tuan Haji Abudin Damsa dan 3 orang beradik yang lain mula-mula sekali menduduki kampung ini.(Rujukan Arwah Hj Othman Baso 1910-2013 & North Borneo Historical Society). Kebanyakan penduduk disini majoriti berbangsa keturunan Suku kaum Ubian dan perkerjaan utama penduduk disini adalah sebagai nelayan dan petani. Jumlah penduduk kampung bertambah kepada secara kasar 500-600 orang.( Bancian tahun 2009).
Jika diceritakan mengenai sejarah nama kampung Buah pandai ini. Nama tersebut berdasarkan perkataan dalam bahasa ubian itu sendiri iaitu "Buah" bermaksud mulut dan perkataan "Pandai" bermaksud bidan kampung. Jika digabung nama tersebut ia akan menjadi gabungan "Mulut Bidan". Agak unik nama tersebut dan nama kampung ini bukan bermaksud buah yang pandai dalam bahasa malaysia. Tetapi semuanya hanyalah kebetulan sahaja.
Gambar pemandangan ke Jeti Nelayan
Diceritakan dari segi kemudahan asas di kampung ini setakat 2010 walaupun tidak sehebat mana berbanding kampung persekitaranya bolehlah dikatakan sebagai ada perubahan sedikit dan masih banyak yang penduduk perlukan dan inginkan. Jika dahulunya jalan raya tidak berturap sekarang hampir 100% berturap. kemudahan tersebut memberikan sedikit sebanyak kebaikan kepada penduduk dari segi perhubungan samada urusan perniagaan, menghantar anak kesekolah dan sebagainya.
Penulisan saya ini bukannya ingin menceritakan keperluan penduduk kampung semata. Cuma ini adalah berdasarkan pemerhatian saya dari dulu hinggalah sekarang. Kampung Buah Pandai tetap menjadi satu kebangaan dan tempat yang paling berharga dan penuh makna yang perlu diceritakan kepada semua generasi khasnya generasi baru yang kampung ini agar dapat dihayati dan dihargai pada masa akan datang.
Wassalam......Bersambung......